2010. Pembuka tirai lembaran baru dalam kehidupan. Begitulah resam dunia, kemunculan tahun baru pasti dibayangi azam. Impian mencapai hidup yang lebih baik, maju dan bermakna pasti diimpikan agar bisa mewarnai terang hari-hari mendatang.Namun yang berlegar menjadi persoalan, sejauhmanakah pula azam yang dibuat itu berjaya direalisasikan? Tepuk Dada Tanya Selera. Apa yang pasti, setiap impian perlu ada strateginya. Jom, Esse! berkongsi petua.
Terbangkan Imaginasimu
Boleh kamu buat? Cuba pejamkan mata. Fokuskan kriteria yang menjadi idamanmu. Apa yang kamu boleh lihat? Kereta mewah menjalar di depan rumah banglo dua tingkat? Ataupun jawatan tinggi sudah berjaya disandang? Jika tidak membayangkan apa-apa, bermakna kamu di dalam bahaya. Apa tidaknya, jika tidak tahu apa impian hidup, bermakna jiwamu sedang kosong dan tiada hala tujuan. Kamu sendiri tidak tahu apa yang diingini dan diperlukan dalam hidupmu sendiri. Menurut penulis buku Success Principles: How To Get From Where You Are To Where You Want To Be, Jack Canfield, Membayangkan diri di alam impian membuatkan matlamatmu lebih hampir dan mudah tercapai. Katanya, taktik penghayatan visual ini sudah biasa dipraktikkan oleh atlet sukan. Apabila bertemu pilihan sesuai jiwa, kamu pastinya akan tenang, bahagia serta bertenaga. Namun, jika idea itu menimbulkan penyesalan dan keresahan yang memanjang bermakna kamu sudah silap mengatur perhitungan.
Hayati Asas Matlamatmu
Kamu bukan tidak punya motivasi diri. Malah, impian itu sentiasa jelas di kepala. Tetapi, entah mengapa untuk mencapainya begitu perit sekali. Sememangnya terdapat segelintir individu yang berazam hanya mampu melaksanakan dalam tempoh sebulan pertama sahaja. Sedangkan, untuk berjaya memerlukan seseorang itu berubah lebih baik hari demi hari. Sementelah, peningkatan dan kemajuan sesungguhnya diperlukan dalam hidup demi menikmati kepuasan. Kamu pening? Jangan. Ingat, untuk memulakan langkah pertama kamu tidak perlu melakukannya serentak. Seketul batu besar tidak mungkin dapat dipecahkan dengan sekali ketukan. Cara paling bijak adalah dengan menghayati dan pecahkankan matlamatmu itu kepada beberapa objektif lebih kecil dan berikan target waktu untuk membereskan satu persatu. Apa yang paling penting usah biarkan keghairahanmu mencapai azam menjejaskan kualiti keseimbangan hidupmu seharian.
Asah Kemahiran Berfikirmu
Bak kata pepatah, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Sememangnya dalam membuat apa sahaja tindakan sebenarnya bergantung kepada setakat mana dirimu benar-benar ingin mencapainya. Sentiasalah meletakkan pemikiranmu dalam keadaan positif dan keputusan yang dihasilkan itu sebagai tindakbalas atau ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan sesuatu matlamat. Setiap keputusan perlu diterima sebagai antara bentuk cabaran bagi memajukan diri ke takuk yang lebih baik dan progresif. Selain itu, lakukan penyelidikan terhadap diri dan apa yang hendak dilakukan selanjutnya. Semua itu bisa dilakukan dengan hanya mengetahui perkara-perkara atau maklumat yang hendak kamu lakukan. Selain itu, kamu juga dapat memahami prospek tersebut dengan lebih luas bagi membantu kamu melaksanakan sepenuhnya sesuatu komitmen yang dikejar. Ingat, kamu adalah penentu hidupmu sendiri. Lakukan setiap perkara dengan lebih berhati-hati serta penuh keazaman setiap masa.
" Ingat! Merentasi lorong kehidupan zaman dewasa tidak seindah zaman kecil"!
Rancang & Selidiki Impianmu
Manusia mudah lupa. Itu adalah hakikat yang takkan mungkin dapat disangkal lagi. Sememangnya tabiat mudah leka terhadap sesuatu nikmat yang diberikan itulah menyebabkan seseorang itu mudah lupa kepada misi sebenar hidupnya. “Kita selalu berangan melakukan sesuatu yang hebat di dalam hidup, namun akhirnya gagal mengambil kira perkara yang bakal dilalui sekiranya tercapai impian tersebut,” itu kata Marilee Adams, PhD, pengarang Change Your Questions, Change Your Life. Jadi sebelum meneruskan usahamu mencapai target objektif, senaraikan terlebih dahulu persoalan-persoalan penting untuk mudah kamu mencapainya. Apatahlagi, dalam era teknologi maklumat ini terlalu banyak letusan maklumat dan data sehingga menyesakkan minda untuk memprosesnya satu persatu.
Gali Aura Semangatmu
Cemburu bila melihat keberanian orang lain? Hmm...kamu juga sebenarnya punya keberanian yang sama. Bezanya, kamu masih gagal mencungkil dan menggali kekuatan yang menjadi sumber serta asas kepada keberanianmu itu. Ingat! Keupayaan pemikiran kamu mungkin merupakan kekuatan paling unggul di dalam dirimu. Seseorang yang berfikiran positif akan sentiasa bertindak positif. Seseorang yang percaya dan yakin diri untuk melakukan sesuatu itu sudah pasti dapat melakukannya. Sebenarnya keupayaan pemikiran adalah satu kuasa yang akan menentukan sejauh mana pencapaianmu dalam setiap tindakan. Seseorang yang sentiasa berfikir dan merasakan kemampuannya melakukan sesuatu perkara juga sering memperlihatkan kejayaannya terhadap apa yang menjadi kepercayaannya. Jadi, usah jadikan impian serta azammu hanya satu gambaran yang berlegar di dalam fikiranmu semata-mata.
Bandingkan Antara Impian & Minatmu
Buatlah apa saja. Tanpa diiringi minat mendalam, tentunya hasil kerjamutidak akan segah mana. Lantaran sentuhan tanganmu itu tidak langsung sepenuh jiwa. Fikirkan, mengapa agaknya kamu tiba-tiba berkeputusan untuk berubah. Walau tanpa alasan konkrit yang spesifik, kamu tetap tekun melakukannya. Jawapannya tentulah kerana kamu dimotivasikan oleh minat mendalam dan kamu sentiasa berasa seronok melaksanakannya dengan jaya dan sempurna. Apabila kamu punya minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang dilakukan, tentu saja kamu akan melakukannya sepenuh hati dan memberi tumpuan serta perhatian 100%. Selain itu, dengan memahami pengaruh minat di dalam diri, maka lebih mudahlah kamu menentukan sesuatu matlamat, tujuan atau wawasan di dalam dirimu.
Uji Pengorbanan & Kesabaranmu
Adat kehidupan, semakin besar sesebuah azam, bermakna semakin besarlah tuntutan pengorbanan yang diperlukan. Selama ini, azam tidak akan menjadi realiti lantaran ia tidak disertakan dengan pengorbanan sama ada dari segi masa, tenaga, wang, perasaan, kedudukan dan sebagainya. Hidup pastinya akan jadi lebih mudah untuk dilalui apabila kita sudah menjangkakan apa yang perlu diberikan untuk mencapai azam serta matlamat diri. Lantaran itu, kamu perlu sentiasa memastikan persediaan diri untuk menghadapi apa saja perkara buruk yang bakal berlaku di dalam hidupmu. Persediaan awal dari segi mental dan emosi membolehkan kamu sentiasa bersedia untuk menangani masalah dengan bijaksana dan matang.
Beri Amaran Dirimu
Bak kata orang tua-tua, ‘hangat-hangat tahi ayam’. Begitu juga situasi yang kerapkali berlaku pada azam setengah individu. Malah, dipercayai antara faktor mengapa azam gagal untuk direalisasikan kerana mereka gagal memberi amaran kepada diri sendiri. Enggan mematuhi peraturan adalah antara tabiat yang memburukkan lagi keadaan. Jadi, untuk memberi peringatan kepada diri, sebaiknya tulis kata-kata amaran di atas sekeping kertas besar-besar dan lekatkan di mana-mana bahagian yang mudah dilihat. Tidak kira di pintu bilik tidur, pintu keluar rumah, peti ais, meja kerja dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan kamu daripada terleka untuk menghadapi risiko serta cubaan yang mungkin akan menghalang usahamu untuk berjaya.
Timbang Pandangan Arif
Ya. Memang tidak rugi sesekali meminta pandangan mereka yang arif. Berbincanglah dengan pensyarah, teman sekerja atau kamu juga bisa meminta pandangan ketuamu jika percaya dia memang understanding! Tentu mereka juga sebenarnya banyak menyimpan kisah kejayaan mereka hingga mencapai apa yang telah diperolehi hari ini. Minta pandangan secara jujur dan pancing mereka agar bercerita rahsia pengalaman sendiri. Jangan sesekali segan untuk bertanya takut dirimu mengganggu, lantaran kebanyakan insan yang telah berjaya sememangnya tidak lokek dan gemar bercerita soal kejayaan mereka. Mungkin juga kamu bisa diperkenalkan pula kepada seseorang yang lebih tahu dan boleh memberi khidmat nasihat yang lebih serius kepadamu. Namun ingat, sebelum itu persiapkan dirimu dengan soalan bernas untuk merebut peluang keemasan ini. Korek semua maklumat tidak kira yang baik atau buruk dan cuba adaptasikan dengan masalah yang kamu hadapi hari ini dan paling penting pelajari daripada kesilapan orang lain.
Semak Komitmen Barumu
Memang melecehkan. Tapi itulah pengorbanan yang perlu kamu lakukan untuk memastikan kamu bisa capai apa yang dimahukan. Lagipun, menyemak azam baru juga baik untuk mengenalpasti setakat mana sudah usahamu selama ini membuahkan hasil. Lagipun, ia juga dapat memastikan kamu sentiasa berada di landasan yang tepat dalam menuju matlamat hidup yang disasarkan. Terbaik, lakukan post-mortem setiap tiga bulan sekali terhadap kemajuan dan pencapaian yang sudah kamu capai dan sedang dicapai. Jika gagal, kenalpasti segera faktor yang membuatkan matlamat kecilmu itu tidak menjadi.
Nilai Takuk Keikhlasanmu
Usah fikir sembarangan. Ini bukan sekadar satu ujikaji untuk menilai sejauhmana keupayaanmu mengatur hidup. Bayangkan, hadirnya tahun 2009 bermakna usia akan beralih setakuk lagi. Hingga bila kamu perlu berterusan menunggu untuk benar-benar serius memikirkan tentang kehidupan ini? Jawapannya, kamu perlu belajar untuk lebih ikhlas terhadap diri sendiri. Bersedialah untuk melihat kelemahan diri dan terimalah setelusnya bahawa hidup ini sememangnya memerlukan peningkatan dan kemajuan. Halusi kehidupan ini dengan keikhlasan dan pasti kala itu kamu akan sedar betapa ruginya masa lampau lantaran tiada kesungguhan untuk menggunakan setiap peluang serta potensi yang dianugerahkan.
Tetapkan Target Waktumu
Itu bukan cara untuk memberimu tekanan. Tetapi lebih kepada membantumu untuk lebih bermotivasi dan sekaligus mengawasi setiap pencapaianmu itu. Biarpun seringkali berada di dalam kekangan waktu kerja dan belajar, namun apabila merujuk kepada hal-hal peribadi, tiada siapa yang akan menggesa atau mendesakmu untuk menuruti waktu. Oleh itu, ada baiknya kamu menetapkan tempoh waktu yang munasabah agar tidak tertekan dan anggarkan berapa lama baki tempoh yang kamu ada dan bahagikan impian kepada pecahan-pecahan kecil. Misalnya, tetapkan beberapa tugasmu yang mesti dibereskan pada hari-hari tertentu. Setiap kali tandakan pada kalendarmu. Pasti, kamu akan lihat dirimu semakin hampir dengan impian dan tentunya ini akan menyemarakkan jiwamu untuk terus menggapainya! Selamat Berjaya!

comments
0 Responses to "2010.Gapai Impianmu! 12 Resolusi Bina Hidup Baru"Post a Comment