TIDAK lengkap temu janjimu bersama si dia jika tidak mengenakan solekan indah. Tidak perlu membuang masa bersolek sakan, cukup sekadar solekan matamu untuk memikat hati si dia. Cubalah gaya ini pasti si dia jadi tak keruan!
Warna wajib untuk tampil dengan smokey eyes ialah kelabu dan hitam. Tetapi, kamu juga boleh mencuba warna lain seperti coklat, dark pink, violet, dark green, dark blue atau purple.Perkara paling penting ialah padankan warna yang mahu kamu gunakan dengan warna matamu, rambutmu serta tona kulitmu bukan warna baju yang kamu mahu pakai!
Untuk kesan lebih menarik, gunakan pembayang mata jenis debu. Jangan gunakan creamy texture kerana ia agak sukar untuk diratakan.
Gunakan eyeliner yang lembut kerana ia juga mudah diratakan.
Biasanya, kamu akan memulakan solekanmu dengan bedak asas. Tetapi, berlainan jika kamu mahukan gaya smokey. Mulakan dengan solekan di bahagian mata kerana ia tidak akan mencacatkan bedak asasmu.

Untuk gaya lebih anggun, lentikkan bulu matamu sebelum kamu gunakan maskara. Ia akan menyerlahkan matamu!

Pilih warna lipstik yang neutral seperti pink atau caramel kerana ia akan membuatkan matamu tampil seksi. Serlahkan pipimu dengan warna lembut untuk kesan lebih wow!






comments
0 Responses to "Make Your Day With Smokey Eyes!"Post a Comment