Pemakanan Sihat

Kurus Dengan Sup Kobis
SUMBER rendah lemak yang terkandung di dalam sup kobis sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Ini kerana, kobis mengandungi ciri unik yang baik untuk proses pembakaran lemak tubuh anda. Berat badan dikatakan boleh berkurangan hanya dalam masa tujuh hari. Selain itu, ia juga amat baik diambil selepas pembedahan kerana akan memantaskan proses penyembuhan.

Sihat Dengan Ikan

MAKSIMA tiga atau empat kali seminggu kerana kandungan Omega 3 di dalam kebanyakan ikan seperti tuna, sardin dan salmon boleh menstabilkan jantung, kanser usus, menurunkan kolesterol jahat serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh anda.

Limau Kurangkan Kolesterol
JUS limau dikatakan baik untuk menurunkan kadar kolesterol tinggi dalam tubuh anda. Ini kerana ia diperkayakan dengan ramuan yang boleh membantu menghakis kolesterol di dalam tubuh.

Bawang Putih Redakan Tekanan
IA membantu melepaskan serotonin, sejenis bahan kimia yang mempengaruhi tingkah laku seperti kemurungan, kurang tidur, sakit dan tekanan. Serotonin yang dibebaskan mampu membantu mententeramkan dan meringankan tekanan anda.




Bookmark and Share

No Response to "Pemakanan Sihat"