SEBUAH keluarga superhero – “keluarga Astromen” berbakti melindungi rakyat Malaysia daripada anasir-anasir jahat. Mereka adalah superhero yang disukai oleh ramai orang.
Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering dibuli dan diperkecilkan oleh gangster kampung, diketuai oleh Faibo. Hanya Aboo, kawan baiknya yang memahami dan menggalakkan misi Atoi. Aboo cuba yang terbaik membantu Atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama diidamkannya itu. Aboo banyak merujuk kepada buku-buku komik Spiderman, Superman, Batman dan lain-lain. Dan mereka mencuba pelbagai cara… disengat tebuan, kejutan eletrik, dilanggar keretapi… namun sia-sia belaka, malahan menambahkan kekecewaan dan kesedihan ibunya.
Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi tiba-tiba hilang kerana lari dari rumah. Dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir, Atoi keluar mencari Dolet. Ketika berteduh di bawah sepohon pokok, Atoi disambar petir. Setelah sedar daripada pengsan Atoi memperolehi kuasa superheronya – boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam mata pisau…

Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru untuk dilatih. Selepas menyelamatkan Siti daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia dan penduduk kampung, Atoi terpilih sebagai superhero baru Malaysia. Atoi kemudiannya mengikut Din Abu (pengurus kepada superhero) ke KL, dan berjanji kepada mereka di kampung, yang beliau tidak akan melupakan mereka.
Atoi Budak Kultur kini menjadi sensasi terkini di KL. Namanya meniti di bibir. Beliau menumpaskan banyak jenayah, lebih pantas dan lebih baik daripada Geng Astromen. Orang ramai menjadikannya idola dan menyayangi beliau. Atoi mengalami kejutan budaya. Beliau menukar namanya kepada Azroy. Atoi kini dikelilingi oleh arak dan gadis-gadis cantik. Sikap berlagak Atoi menyebabkan beliau menghina ibu sendiri yang datang mencarinya di sidang akhbar pelancaran album barunya. Atoi malu dengan ibu yang berbaju kurung, teman wanita dari kampung, dan kawan baik yang bodoh-bodoh alang. Atoi berpura-pura tidak mengenali mereka. Rakyat melihat kelakuan buruknya dan semua orang terkejut. Atoi kehilangan peminat, rakan-rakan, penaja, rumah, kereta lumbanya dalam sekelip mata. Atoi kini dipulaukan oleh semua orang.
Mengetahui Atoi sangat bergantung kepada sejenis minuman popular untuk meransang kuasanya, arahan dikeluarkan oleh kerajaan, jika sesiapa dilihat memberi Atoi minuman tersebut, mereka akan didakwa! Atoi putus asa… beliau kehilangan kuasa, juga keluarga. Beliau sedar kesilapannya tetapi sudah terlambat! Keluarganya telah diculik oleh kuasa jahat, Alakazambo! Superhero lain juga tidak lagi bersamanya, dan tiada siapa mahu membantu.

Mampukah Atoi menyelamatkan keluarganya? Adakah beliau akan memiliki kembali kuasanya? Siapa Alakazambo dengan kuasa sihir jahatnya itu?? Tonton Kapoww!!! untuk mengetahui jawapannya… KAPOWW!!!
Senarai Para Pelakon Filem Kapoww! Atoi The Kultur Boy

1. Atoi sebagai Zizan Raja Lawak
2. Aboo sebagai Bell Ngasri
3. Siti Nurhasnita sebagai Lisa Surihani
4. Astromen Mak sebagai Rosnah Mohd Aris
5. Astromen Wau sebagai Awie
6. Astromen Belalang sebagai Harun Salim Bachik
7. Astromen Sedut sebagai Delyla
8. Din Abu sebagai Afdlin Shauki
9. Mak Jah sebagai Norlia Ghani
10. Faibo sebagai Khir Rahman
11. Zamin sebagai Bob Kuman
12. Mi Belit sebagai Soffi Jikan
13. Pak Nan sebagai Usop Kopratasa
14. Jen Ucop sebagai Rashidi Ishak
15. Pria Perkasa sebagai Zailani
16. Dukun Ngesot sebagai Bandi Amok
17. Lola sebagai Sherry Ibrahim
18. Melisa sebagai Aishah Sinclair
19. Ketua Geng Jerangkung sebagai Henzi Andalas
20. Pereka Fesyen sebagai Patrick Teoh
21. Mamak sebagai Sathiya

comments
1 Responses to "Akan Datang @ Sinema!!: Kapoww!! Atoi The Kultur Boy"January 25, 2010 9:28 PM
KAPOWW: ATOI THE AJAIB BOY
A family comic graphic film, ‘Kapoww’ is Malaysia’s answer to Spiderman, except it’s definitely a little wacky, a little silly and a lot of fun!
Through films we laugh, we feel, we learn and ‘Kapoww’ offers a layered film with superficial laughs, witty dialogue, crazy scenarios but also with a deeper meaning – how people so soon forget their roots and are distracted by power, fame and fortune. How a mother’s love and support should never be taken for granted, and that you should believe in your friends. And that through belief in family country and countrymen, we will only grow to greater heights!
True to the old school Superheroes you grew-up watching, comes ‘Kapoww!!!’ a new comedy by writer/director Azizi Chunk Adnan. Follow Atoi, kampong boy turned super hero, when he is literally struck by lightning. With the help of some popular drink, watch Atoi’s super powers come alive as he runs at the speed of sound and fires a bolt of lightning with his bare hands. Overcome by his latest discovery, Atoi moves to KL to join the elite group of super heroes known as, ‘Kapoww’.
Fighting the bad guys, and saving old lady from thief snatcher however proved to be too easy. The real challenge comes when Atoi is lauded with the glory of fame and fortune. And in the midst of this crisis with himself, comes the ultimate villain, Alakazambo. Will Atoi overcome the challenges to win the day? Or will he succumb to his losing ways?
Post a Comment