DUA belas bulan dalam setahun. Namun Februari lebih indah dan dinantikan kehadirannya. Istimewanya cuma bagi mereka yang menghargai kasih sayang, kerna selama 29 hari itu, dikatakan hari-hari akan dipenuhi dengan wangian cinta bersemi bak kuntum bunga yang sedang berkembang! Indahnya bulan cinta sering kali diabdikan persis kisah dongeng dahulu kala. Biar aplikasinya hari ini ternyata telah berbeza, namun objektifnya tetap sama demi menghargai dan memburu bahagia. Tidak percaya? Profil Esse kali ini tentu saja ada jawapannya.Raikan Bersama Teman
SIAPA tidak kenal anak dara Norsiah Ramli ini. Anda masih tidak tahu siapa? Hmmm...siapa lagi kalau bukan Diana Danielle. Gadis Pan Asian kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat ini sebenarnya adalah antara mereka yang begitu menghargai kehadiran 14 Februari. Tidak kekok untuk mengakui budayanya yang meraikan kehadiran hari kasih sayang saban tahun. Diana menganggap biarpun kasih sayang bisa dipupuk setiap hari, namun meraikan insan tersayang pada hari-hari tertentu seperti 14 Februari pasti lebih membahagiakan. Inilah waktunya perasaan itu dihargai secara terbuka dan lebih indah jika ia dikongsi beramai-ramai dalam sambutan besar-besaran. Jadi bagaimana agaknya cara pemilik nama sebenar Diana Danielle Dannye Beeson menyambut kehadiran hari istimewa itu?
“Biasanya, saya lebih betah meraikannya dengan teman-teman baik dalam bentuk parti makan malam secara beramai-ramai. Tidak kisahlah, jika yang sudah berpunya tentu saja akan berkepit dengan kekasih mereka tetapi bagi yang single macam saya, kami akan berpakat dua tiga orang untuk pergi bersama, terang gadis berusia 18 tahun ini yang baru saja reda panas gosipnya menjalinkan hubungan cinta dengan Farid Kamil. Kata Diana lagi, hari kasih sayang adalah masa dia dan teman-teman dan tidak pernah disambut dengan mamanya.
“ Kami sekeluarga hanya akan berkumpul jika ada sambutan yang lebih bermakna seperti sambutan perayaan atau hari jadi sahaja. Lagipun, kami masing-masing ada teman-teman sendiri. Jadi, inilah masanya untuk bertemu mereka.
“ Adakalanya, kerana terlalu terikat dengan tuntutan kerja, kita selalu alpa untuk menjaga hati orang lain yang sayang dan selalu mengambil berat tentang diri kita. Jadi inilah masanya untuk menghargai mereka, ujar gadis berbintang sagittarius ini lagi.
Tidak Salah Selagi Tidak Menyimpang
Menelah pendapat gadis berketurunan Melayu – Amerika ini tentang larangan agama untuk mengagung-agungkan sambutan hari kasih sayang, model, pelakon dan penyanyi itu tidak mampu untuk menafikan tetapi katanya;
“ Mungkin dilahirkan di dalam dua budaya berbeza menyebabkan sambutan hari valentine ini sudah menjadi antara kemestian dalam budaya keluarga saya. Tetapi, walaupun begitu tidaklah hingga tahap mengagung-agungkannya.
“ Bagi saya sendiri, sambutan itu hanya untuk menghargai orang-orang tersayang. Lagipun, tidak salah rasanya selagi tidak menyimpang dari landasan asal, “ katanya sambil mengakui pernah menerima hadiah istimewa di hari kasih sayang iaitu baju tidur merah jambu berjenama Lasenza dari sahabat baiknya(sahabat perempuan, tegas Diana). Berbicara soal cinta dan perasaan, Diana mengakui bahawa dia benar-benar yakin akan kewujudan cinta sejati.
“ Apabila saling mengenali dan bertemu dengan insan yang serasi dan bisa membimbing serta menerima kelemahan diri kita seadanya, tentu sahaja itu sudah dianggap anda telah bertemu dengan cinta sejati. Malah, itu jugalah cinta yang saya cari!

Awas Si Obses Cinta!
“ Tetapi awas terhadap obses cinta. Ia bukan satu jalinan perasaan yang sihat malah hanya akan menghancurkan sesebuah perhubungan. Memandangkan, kebiasaannya rasa cinta yang keterlaluan ini akan mendorong seseorang itu untuk menguasai kekasihnya dan percayalah hubungan tersebut takkan bertahan lama,” terang penuntut University of Nottingham di Semenyih, Kajang dalam bidang biosains ini lagi.
Dan sekadar ingin mencungkil falsafah cintanya, Diana mendefinisikan cinta sebagai harapan. Malah turut mengaitkannya sebagai mistakes and forgiveness, di mana dua orang yang berbeza latar belakang belajar untuk menerima kekurangan, berkorban dan memaafkan demi melengkapi sebuah perkongsian perasaan.

comments
0 Responses to "Awas Pada si Obses Cinta! – Diana Danielle"Post a Comment