January 16, 2010

Dilamar Cinta?. 8 Kunci Perlu Di Buka...

" Alamak mamat nie, nak main-main mata dengan aku pulak!"

CINTA. Sesungguhnya perasaan unik itu bisa merubah diri insan yang sedang menikmatinya. Sesungguhnya sebuah ikatan yang berlandaskan perasaan, tidak wajar seandainya tidak di sulami dan diiringi dengan faktor lain yang bisa membina keintiman di dalam perhubungan.

Tetapi bak kata ramai, bercakap sememangnya lebih mudah berbanding apabila ingin melakukannya. Apa tidaknya, merealisasikannya bermakna kamu perlu berdepan apa saja kemungkinan yang bakal tiba. Jadi kenali dulu kunci-kunci utama yang mampu menerbitkan rasa percayamu pada si dia saat hatimu mula dilamar cinta. Kemudian, barulah buat keputusan sebaik-baiknya ok!

Kunci 1: Ketelusan
Ia adalah peranan penting dalam membina sesebuah perhubungan yang bermakna. Bukan saja dalam tingkah lakumu malah juga tutur bicara. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukan hanya untuk melindungi kesilapan semata-mata. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan mudah diterima. Ingat! Menerusi cara kamu berkomunikasi, si dia sudah bisa menafsirkan adakah kamu tulus atau sebaliknya.

Kunci 2: Menerima
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Kunci 3: Kejujuran
Kejujuran sememangnya amat perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahui si dia. Jika kalian saling jujur antara satu sama lain, ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Kunci 4: Terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tidak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Kunci 5: Keyakinan
Bila perasaan yakin sudah mula bernaung di hati, kamu tentunya sudah mampu memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Kunci 6: Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Kunci 7: Setia
Setia tidak ada galang-gantinya. Tanpa kesetiaan pastinya sesebuah perhubungan itu tidak akan bertahan lama. Biar pun perhubungan kalian dibungai kasih sayang tidak berbelah bagi, tanpa kesetiaan yang mengiringi, pasti akan hilang serinya ikatan tersebut. Kebanyakan perpisahan yang disebabkan wujudnya keraguan dalam soal kesetiaan pasangannya kebanyakannya takkan kembali bersama berbanding punca-punca lain.

Kunci 8: Percaya
Apa kesannya jika sesebuah perhubungan yang dijalinkan itu terjalin tanpa ada sepenuhnya kepercayaan terhadap pasangan. Sememangnya, keraguan adalah pembunuh cinta yang utama. Ia amat berkait rapat dengan soal kesetiaan. Biasanya, sekali kepercayaan pasangan diragut, sukar untuk membuang was-was yang akan kekal bernaung di fikiran mereka.



Bookmark and Share
your ad here

comments

0 Responses to "Dilamar Cinta?. 8 Kunci Perlu Di Buka..."