January 27, 2010

Keputusan Kuiz Adakah Kamu Date Terbaik Si Dia

Jika Jawapanmu Banyak A

Bagi Jejaka Kamu Adalah Date Terbaik!
Kamu baik, memahami dan sememangnya menjadi kegemaran si jejaka untuk setiap kali janji temu. Teruskan sikapmu yang menawan itu. Pastikan kamu kekalkan kemesraan dan keramahanmu terhadap si dia yang menarik perhatian, usah bimbang si dia tentu akan menghubungimu untuk janji temu seterusnya!

Jika Jawapanmu Banyak B
Bagi Jejaka Kamu Adalah Date Paling Sempurna!
Tingkah lakumu yang sopan memang sentiasa kena pada tempatnya dan paling menarik tentang kamu adalah kebolehan menghiburkan si jejaka hingga hilang kekok mereka apabila berdepan denganmu. Kamu bijak menghibur dan mencari waktu sesuai untuk bergurau atau sesekali menjadi gadis paling manis bila berada di hadapan mereka. Kamu memang tidak akan berdepan masalah kecuali satu sahaja, pening untuk membuat pilihan nanti.

Jika Jawapanmu Banyak C
Bagi Jejaka Kamu Adalah Date Paling Teruk!
Adakalanya sikapmu membuatkan mereka berasa terasing dan seolah-olah kamu separuh hati untuk memenuhi janji temu tersebut. Ada baiknya kamu buang segera perangaimu itu! Walaupun bagimu si dia itu membosankan, jangan sesekali mempamerkan perasaanmu itu. Sekurang-kurangnya hormatilah mereka biarpun kamu pasti mereka bukan jejaka idaman yang kamu cari!
your ad here

comments

0 Responses to "Keputusan Kuiz Adakah Kamu Date Terbaik Si Dia"