
IDAMKAN wajah berseri tanpa mekap tebal? Solekan nude pasti bisa mengotakan hasratmu. Tentu saja wajah kamu akan lebih segar dan berseri biarpun umpama tidak bersolek!
Rahsia Solekan Natural
SEMBUNYIKAN CELA
Sembunyikan cela, sembab atau lingkaran gelap. Gunakan concealer yang tidak terlalu tebal atau cara lebih mudah semburkan dengan mineral dan sapu penyamar pada bawah dan, sudut dan kelopak mata serta sisi hidung.
KRIM @ DEBU
Yang mana lebih baik? Tentu saja Esse berpendapat pembayang pipi jenis debu lebih baik berbanding krim. Selain lebih mudah digunakan, ia juga padan untuk semua jenis kulit. Pilih rona merah samar atau coklat dan sapukan dari tulang pipi ke telinga.
ILUSI BENTUK
Dalam teknik solekan nude, shading dan highlight amat penting agar wajah lebih cantik terbentuk. Tentukan dahulu, bahagian yang akan dibayangi dan di highlight.
RONA SERASI KULIT
Jika kamu berkulit gelap, pilih rona coklat kemerahan supaya wajahmu tidak nampak kusam. Coklat pucat, pic, atau coral pasti lebih menyerlah untuk kamu yang berkulit sawo matang. Sebaliknya, merah samar pucat pula amat padan jika kamu berkulit cerah.
MATA MENYERLAH
Untuk hebatkan efek solekanmu, praktikkan solekan smokey eyes yang tipis untuk menonjolkan godaan matamu. Cubalah si dia pasti teruja!
Esse cadangkan kamu cuba:

Dior Nude Natural Glow Hydrating Makeup Fluid SPF 10, RM140
Benefit Brows a-go-go, RM168

Bobbi Brown Rich Color Lip Gloss,RM68

Tsumori Chisato for Shu Uemura Golden Snow Duo Color Highlighter, RM140

Guerlain Retractable Eyeliner, RM88





comments
0 Responses to "Nude...Ekspresi Wajah Segar Menawan"Post a Comment