
Jom naik kapal! Pasangan kembar - Zack dan Cody – kembali beraksi di S.S. Tipton untuk musim kedua rancangan “Suite Life on Deck!” Dalam siri ini, Zack dan Cody melayar mengelilingi dunia di atas S.S Tipton. Mereka menghadiri sekolah Seven Seas High, di mana London juga bersekolah kerana ayah London percaya sekolah itu akan menjadikan anaknya yang manja itu seorang pelajar cemerlang. Di pertengahan pelayaran mereka, Zack dan Cody melakukan perkara-perkara nakal sementara melancong ke lokasi-lokasi menakjubkan di Greek, India, Itali dan melalui Segitiga Bermuda.

Mereka disertai Marcus Little pada musim ini, seorang bekas penyanyi popular yang kehilangan kerjayanya apabila suaranya berubah. Apakah aksi-aksi nakal yang mereka temui dalam musim ini? Tontonilah Saluran Disney pada hari Sabtu, 30 Januari tepat jam 4.30 Petang untuk mengetahuinya kesudahannya!





comments
0 Responses to "Suite Life On Deck Kini Kembali!"Post a Comment