January 11, 2010

Variasi & Aura Kehebatan AJL24


ACAPKALI menjelang acara anugerah, tidak lain yang sering diperdebatkan melainkan ramalan demi ramalan untuk mengangkat sang juara. Ternyata, malam bersejarah Anugerah Juara lagu ke 24 terbitan TV3 akhirnya berlangsung sekaligus menghapuskan teka-teki yang bersarang di benak peminat-peminat seni muzik tanahair selama ini. Majoriti penonton-penonton begitu terhibur dengan persembahan artis yang bertanding. Membuktikan, setiap peserta yang tampil di pentas benar-benar memerah keringat dan kreativiti bagi meraih perhatian peminat dan para pengadil.


Kemunculan Amy dan Search menerusi segmen interlude nyata memanaskan seluruh stadium. Lagu Pawana dan Fantasia Bulan Madu yang dipersembahkan mereka nyata memukul kesemua aksi artis lain. Kuatnya kuasa kumpulan ini, yang sudah hampir tiga dekad menghambakan diri pada muzik benar-benar mengujakan menerusi sambutan dan teriakan penonton kala menyanyi bersama! Selain itu, pujian juga patut diberikan kepada tiga pengacaranya, Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar yang berjaya menghidupkan keadaan sepanjang acara berlangsung.

Keputusan Penuh AJL24:

Juara Lagu>>

Pergi (ciptaan Pete Teo / lirik Amran Omar / nyanyian Aizat)

Naib Juara>>

Dan Sebenarnya (Yuna, Paan, Efry, Adil / Yuna)

Tempat Ketiga>>

Bencinta (Audi Mok / Faizal Tahir / Faizal Tahir)

Vokal Terbaik>>

Black (Aku Rindu Sayang Kamu)

Persembahan Terbaik>>

Aizat (Kau Aku)


Bookmark and Share
your ad here

comments

0 Responses to "Variasi & Aura Kehebatan AJL24"