February 3, 2010

Fouziah Gous Wajah Baru Alaisyah


SELEPAS Fazura, siapa sangka Fouziah Gous pula menjadi pilihan syarikat produk kecantikan Tohtonku Sdn Bhd sebagai wajah baru untuk koleksi produk penjagaan diri Alaisyah.


Ternyata, pakej dan bakat pencapaian yang telah diraihnya selama ini menerusi dunia seni amat sesuai untuk menjadi tunggak penyeri untuk jenama tersebut yang mencerminkan ciri-ciri kelembutan serta kesopanan gadis melayu tradisional. Bagi anak kelahiran Kuala Lumpur ini pula, lamaran produk kecantikan tersebut dianggap umpama rezeki dan dia begitu mensyukurinya. Apatah lagi, ia merupakan pengalaman pertama menjadi jurucakap dan duta untuk produk kecantikan.


Bookmark and Share
your ad here

comments

0 Responses to "Fouziah Gous Wajah Baru Alaisyah"