Mewah Kerana Program Realiti?
KATA orang, tuah ayam nampak dikaki, tapi tuah manusia... mungkin pada nama. Siapa sangka, melewati era kecanggihan hari ini, kekayaan bisa diraih dengan apa saja cara hatta menerusi kaedah yang suatu ketika dulu begitu mustahil dan tidak terlintas di minda kita semua.
Begitu juga dengan layar perak. Jika dulu, kita cukup berpuas hati dengan hidangan filem, drama serta program rakaman. Namun kini, penonton mula muak dan semakin taksub dengan program realiti tv yang kononnya lebih realistik dan penuh drama. Buktinya, penghasilan program sebegini sudah mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada mereka yang terlibat.
Famili Kardashian
Kardashian famili: Mereka seharusnya bersyukur lantaran semua produk yang dihasilkan mereka begitu meriah di pasaran. Lihat saja jualan buku-buku dan DVD mereka yang meletup. Malah, program realiti TV keluarga mereka adalah antara yang memberi pulangan paling lumayan. Dikatakan tahun lepas sahaja mereka telah berjaya memperolehi USD 65 juta dan angka ini amat mengujakan. Menurut THR. Kim Kardashian sendiri mampu mengaut USD 100-125 ribu acapkali beliau menerima satu-satu program atau acara.

No Response to "Mewah Kerana Program Realiti?"
Post a Comment