AYU Nyanyian Jiwa Gary V
DiGi sekali lagi dengan kerjasama MUZIKON, sebuah label muzik Serantau berpusat di Malaysia menampilkan Pop Ikon Filipina, Gary Valenciano (Gary V) LIVE in Malaysia 2011 Tour.
Konsert tersebut bakal merangkumi dua persembahan di Hotel Horizon, Kota Kinabalu pada 12 November depan dan Wisma Fui Chiu, Kuala Lumpur sehari selepas itu. Gary V turut melancarkan Single terbarunya bertajuk “Ayu”. Pada sidang media yang diadakan, Pengarah Pengurusan MUZIKON, Richard Voon berkata, “Single terbaru serantau, “Ayu” adalah kesinambungan misi kita untuk mempromosikan artis dan muzik Malaysia di seluruh rantau ASEAN. Kami menggalakkan artis ASEAN untuk meneroka pasaran antara satu sama lain dan menggalakkan mereka untuk menyanyi lagu-lagu mereka dalam bahasa yang berbeza. Kami bernasib baik kerana mempunyai Gary V, salah seorang artis Filipina paling popular dan legenda yang masih hidup untuk mengambil bahagian di dalam misi ini.”
Turut hadir Ketua Acara, Tajaan & Pengaktifan DiGi, Pearly Lim, bersama Gary V. Menurut Pearly, “DiGi berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Muzikon sekali lagi dan menawarkan pelanggan kami satu pengalaman yang tidak hrus dilepaskan dengan artis Filipina yang terunggul, Gary V yang akan mengadakan persembahan Live pertama di Malaysia.”
Berdasarkan sambutan hangat yang diterima dari Jelajah Persembahan Ringkas Jed Madela dan Nikki Palikat sebelum ini, ia adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa pelanggan kami akan terus menikmati pengalaman muzik yang eksklusif supaya kawan-kawan mereka berasa iri hati dengan mereka. Ini termasuk membawakan peluang-peluang kepada pelanggan kami untuk mendapatkan akses eksklusif ke sesi autograf dan sesi pertemuan & sambutan,” tambah beliau.
Projek itu merupakan yang pertama bagi Gary V sejak penglibatan beliau dalam industri hiburan, selama dua puluh lapan tahun dengan dua puluh tujuh album dan sebelas Anugerah AWIT (Anugerah Grammy buat Filipina) untuk Rakaman Lelaki Terbaik dipegang olehnya. Walaupun sibuk dengan kariernya sebagai penyanyi, pelakon, dan juga pengacara TV, Gary masih dapat membahagikan masanya sebagai UNICEF National Ambassador of Goodwill yang pertama bagi negara Filipina (semenjak 1998). Walaupun dengan jadual yang padat, Gary V berada di Malaysia untuk mempromosikan “Ayu”, Single pertama beliau dalam Bahasa Malaysia yang ditulisnya sendiri dan bekerjasama dengan artis, komposer dan pemuzik Malaysia untuk album seterusnya yang akan dipromosikan di Malaysia dan Filipina.
"Ayu" memberikan saya satu kepuasan dalam diri kerana ia merupakan ciptaan pertama yang dihasilkan dalam Bahasa Malaysia. Saya selalu teringin untuk mencuba menulis dan menyanyikan lagu di dalam bahasa yang berlainan dan Bahasa Malaysia selalu menjadi pilihan utama saya. Saya ingin berterima kasih kepada MUZIKON untuk memberi pengalaman yang baik, Sharon Paul bagi menghasilkan susunan muzik dan Fatin yang memberi lagu saya dengan nafas baru dan lirik lagu yang menyentuh di dalam Bahasa Malaysia” kata Gary V.
Tambah Gary, “Kini, ramai artis Filipina telah melawat Malaysia dan mula untuk mendalami muzik Malaysia. Ini adalah konsep yang bagus, untuk kita menyanyikan lagu satu sama lain dengan bahasa yang berbeza. Ia merupakan satu penghormatan yang besar buat diri saya untuk berjumpa dan bekerjasama dengan individu berbakat besar dan berjaya sebagai pemuzik, komposer dan penyanyi di Malaysia. Saya berharap untuk memilihkan komposisi lagu Bahasa Malaysia untuk dipersembahkan bersama artis Malaysia dan melancarkannya di Filipina. Saya akan pulang semula di bulan November, di mana saya akan mempersembahkan dua persembahan ringkas besar untuk peminat saya dan melancarkan album saya pertama kalinya di Malaysia.”
“Sejak pelancarannya tahun lalu, Muzikon telah melancarkan “Anugerah Cinta” oleh Noryn Aziz dan Christian Bautista di Malaysia, “Hanggang Wakas” oleh Hazami dan Kyla di Filipina dan “Antara Kita” oleh Jed Madela dan Nikki Palikat di Malaysia. “Hanggang Wakas” merupakan adaptasi lagu Bahasa Malaysia, “Tekad” yang dicipta oleh Hazami dan dinyanyikan semula dalam bahasa Tagalog bersama Kyla. Lagu ini telah dilancarkan di Fiilipina pada bulan November 2010 dan dalam masa hanya dua minggu telah mencapai No.1 di carta radio Filipina.
Pelanggan DiGi berpeluang untuk mendapat tiket percuma ke persembahan ringkas apabila mereka mendapatkan reload antara 26 Sept hingga 13 Nov, 2011. Tiket-tiket dapat ditebus di Kedai Khusus DiGi bertempat di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur dan di Pusat DiGi bertempat di Api-Api dan 1 Borneo di Kota Kinabalu. Mereka juga akan mendapatkan poster autograf Gary apabila membelikan CallerTunes™ Gary berharga RM3.
Tambahan pula, 10 pelanggan bertuah DiGi bersama temannya akan juga mendapat peluang untuk meluangkan masa bersama Gary V di sesi minum petang selepas persembahan. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah yang akan diadakan di persembahan. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pelanggan DiGi perlu menunjukkan SMS yang mengesahkan pembelian CallerTunes™ dan mendaftar nama mereka di waktu persembahan.
Untuk dapatkan CallerTunes™ DiGi secara percuma bagi bulan pertama untuk lagu-lagu Gary V “Natutulog Ba Ang Diyos”, “Sana Maulit Muli” dan “Ayu”, hantar GV ke 2016.
Pertanyaan Tiket Showcase Sila Hubungi 016-6001199 (Toll Free Number)


No Response to "AYU Nyanyian Jiwa Gary V"
Post a Comment